BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 15, 2013

~Kembara dan eiduladha di bumi Manchester~





بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setelah berbulan-bulan meninggalkan blog ini, ,
Alhamdulillah, kali ini berjaya meneruskan coretan di sini setelah sekian lama..kekangan masa barangkali..(excuse yg sgt klise kan.. :) )


Kali ini, post dari bumi Manchester.. alhamdulillah selepas pelbagai cabaran dan ujian yg Allah takdirkan, berjaya menjejakkan kaki di sini.. moga dapat terus mujahadah menuntut IlmuNya.. (mohon doanya ya sahabat2)..

Pertama kali menjejakkan kaki di sini, sungguh, terlalu banyak yang berbeza.. n yang paling berbeza , suhu yang sangat ekstrem sejuknya (mencecah 4'C)..dengan angin yg sudah seakan tornado..tapi alhamdulillah, masih cuba menyesuaikan diri.. 

Bumi Manchester ini pada ana sangat istimewa..
di sini, kita adalah kita..bagaimanapun pakaian kita, itu cara kita..b4 sampai sini, agak teragak2 sebenarnya nak bawak baju kurung, jubah n tudung labuh..tapi subhanallah, ana lagi selesa pakai pakaian tu di sni..tak ada yang pndang serong, walaupun mereka berbeza agama dan budaya! Alhamdulillah, hebat kan percaturan Allah..
kalau mereka di luar beranggapan belajar di negara Barat ni blh menjauhkan kita dengan Islam, sekali-kali tidak! bahkan akan lebih menguatkan kita..untuk solat terpaksa guna fitting room yang sgt sempit, berkejar-kejaran untuk solat ketika kelas, solat di depan pintu 'fire exit' n solat di luar kelas..(ini pengalaman ana sendiri, mungkin berbeza dengan orang lain) ..jadi kami sangat menghargai waktu solat dan sentiasa cuba menjaga wudhu'..sbb kat sini kan toilet nya tak ad air dan xda surau..jadi, cuba sentiasa dlm keadaan berwudhu' dan solat di awal waktu.. 

kalau dulu di bumi Malaysia, rasa pelik je nak solat depan orang ramai kan, tapi kat sini, itu yg kita kena buat untuk tunaikan kewajipan padaNya..mungkin agak pelik pada pandangan orang, but still, kalau kita nak buat, kita blh buat..mereka yang berbeza agama ni, ok ja sebenarnya.. walaupun pnh kena marah dgn security guard sbb solat depan fire exit..(*,*)..tapi so far, seems okay..:) Alhamdulillah ya Allah.. (^_^)

Makanan halal pulak kalau dekat oxford street & Rusholme ni mmg tersangat banyak..
cuma kita la nak ke x, harganya mula dr 3 / 4 pound..tapi kalau convert ke RM, RM15/20 la jugak ..
kalau di city, mungkin susah sikit nak cari makanan halal, tapi alhamdulillah, masih boleh merasai nikmatNya..
Alhamdulillah wa syukrulillah..

Skrg jam 12.04 am di bumi Manchester, insyaAllah esok akan solat raya buat pertama kali di bumi ini.. Walaupun sedih sbb xdapat bersama keluarga tercinta raikan hari Istimewa ni, tapi ana yakin, Allah bersama ana dan Allah juga bersama mereka..(^_^) jadi terubat sikit hati..menghitung detik untuk bertemu shbt2 baru di prayer hall esok..:-) semoga ukhuwwah yg terjalin juga ukhuwwah fillah seperti kamu , kamu , kamu dan kamu..hehe..byk lg kamu..tp dah x mampu nak tulis.. :) missing all of you guys..moga ukhuwwah kita ke syurga.. :-) doakan ya ..

lastly, salam eiduladha..maaf zahir batin dari ana,
12.32 a.m | 15 Oktober 2013 | Manchester..

كل عام وانتم بخير

~rindu dan cinta keranaNya, pasti tanpa rasa gelisah , kerana PASTI kamu sentiasa dalam dakapanNya..~
Believe in Allah, then u will always be all right!







Wednesday, November 28, 2012

Hebatnya cinta DIA..



الحمد لله

DIA masih mengizinkanku untuk terus menulis di sini..


الحمد لله

DIA mempermudahkan segala urusanku..


الحمد لله

DIA sentiasa bersamaku..




kadang-kadang, terlintas sesuatu..

sejauh mana cintaku padaMu ya Rahmaan..


sambil mencari bahan yg diperlukan untuk siapkan sistem ni..terjumpa satu perbandingan


Imam Nawawi menyatakan tentang dua golongan..


Golongan yang pertama melakukan ibadat , dan dengan ketaatan itulah lahirnya cinta kepadaMu ya Rabbi..


manakala 


Golongan yang kedua pula, terlalu mencintaiMu , dan dengan cinta itulah mereka taat kepadaMu Ya Rahmaan..


manakah cinta yang lebih tinggi maqamnya ?



“Seseorang di antara kamu tidak akan masuk dalam perkiraan beriman sehingga (ia) menempatkan Allah & Rasul-Nya lebih dicintai berbanding mencintai selain Allah &; Rasul-Nya.” (HR Bukhari & Muslim)


Renungkan sahabat...


Jika seseorang itu beramal kerana dia mengenali TUHANNYA, dan terlalu mencintai TUHANNYA...

maka setiap amalan yang dilakukannya adalah kerana cintanya kepada TUHANNYA..

merasa tidak terbeban untuk melakukan ketaatan..

tetapi beramal dengan penuh keikhlasan dan keghairahan,

agar dia sentiasa dekat dengan ALLAHURRAHMAAN..



Inilah cinta yang dikurniakanNya kerana DIA terlalu mencintai hambaNya..


Cintanya Allah pada kita...


...سبحان الله 


Dikisahkan, bahawa Nabi Isa as pernah melalui (terjumpa) dengan tiga orang yang badannya kurus , warna kulitnya telah berubah (pucat pasi). Kata Isa as kepada mereka: " Apa yang terjadi pada dirimu hingga keadaanmu seperti itu?" Mereka menjawab: " Kerana kami sangat takut neraka." Nabi Isa as berkata: " Semoga Allah melindungi orang-orang yang takut seperti itu ".  

Dalam perjalanan berikuitnya beliau berjumpa dengan tiga orang lagi. Keadaan fizikal orang-orang itu bahkan lebih memprihatinkan, teramat kurus. Kata Nabi Isa as : Apa yang terjadi pada diri kalian sehingga seperti itu?" Mereka menjawab: " Penyebabnya, kerana kami teramat merindukan syurga ". Nabi Isa asa berkata: "Semoga Allah memberikan apa yang kalian harapkan ".     

Kemudian Nabi Isa as berjumpa dengan tiga orang lainnya yang keadaan badannya lebih memperihatinkan lagi. Kulit badannya berkedut dan mengalami perubahan yang teramat hebat. Tetapi seakan-akan dari wajahnya memancarkan sinar. Nabi Isa as bertanya: " Apa yang terjadi pada diri kalian sehingga keadaanmu seperti itu? Mereka menjawab: " Kami teramat mencintai Allah Azza wa Jalla ". Nabi Isa as berkata: " Kalian adalah orang-orang yang didekatkan kepada Allah (Antumu al-Muqararrabbuunaa)". 

Abdul Wahid bin Zaid berkata, pernah aku berjumpa dengan seseorang yang berdiri tenang di atas bongkah air batu. Aku bertanya: " Apakah merasa kesejukkan?" Ia menjawab: " Kerana aku teramat mencintai Allah, rasa sejuk itu tidak kurasakan ". 

Subhanallah...Indahnya cintaMu ini ya Allah...

Diceritakan juga oleh As-Sirri as-Suqti: " Pada Hari Kiamat umat-umat akan diseru dengan Nabi masing-masing. Misalnya: Hai umat Musa, Hai umat Isa, Hai umat Muhammad, tetapi seruan itu tidak dialami oleh orang-orang yang mencintai Allah SWT. Kerana mereka diseru dengan secara khusus: Hai para wali Allah, kesinilah kalian menghadap Allah SWT seketika itu hati mereka seakan-akan hendak tertanggal disebabkan teramat gembira ". 

Ya Allah, aku ingin bertemuMu ya Rahmaan..
Izinkan aku bertemuMu ya Haliim..


...اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدين  يا غفور


Ya Allah, 
ampunkan dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa kaum kerabatku, dosa sahabat2ku, 
dosa guru-guruku, dan dosa muslimin dan muslimat ya Ghafuur..
agar kami berkesempatan untuk  bertemuMu di sana nanti..


Sedalam mana cinta kita kepada khaliq kita..

adakah diletakkan di maqam yg tertinggi 
atau
 cinta kepada makhluq yang lebih kita utamakan..


Doa sang bidadari Rabi’atul Adawiyah:


 “Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada
suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.” 


"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka
bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak
kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku
menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan
yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha
Mulia itu."        


Ya Allah..
lorongkanlah cintaku ini,
agar sentiasa dalam redhoMu..

Ya Allah..
 limpahkan kepadaku kekuatan mencintaiMu 
dan 
mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintaiMu...

Ya Allah,
jadikan cintaku ini seperti cinta Rabi’atul Adawiyah,
mencintai Rabb melebihi dunia dan seisinya..
menghambakan diri hanya untukMu..
kerana menginginkan redhoMu..
semata-mata..

 إني أخاف الله  ~



Thursday, November 22, 2012

R.I.N.D.U.....

بسم الله الرحمن الرحيم



Ya Allah...
Rindunya aku ya Allah...
Rindu yang melimpah ruah
Ntah bagaimana boleh ku ubati rinduku ini Ya Allah...

Ya Allah...
Aku merinduinya ya Allah..
Wajah yang x pernah dapat ku lihat..
Suara yang tidak pernah aku dengar..



Cuma bicaranya...
cuma bicaranya yang sampai kepada ku Ya Allah..
bicara yang penuh dengan kasih sayang dan kecintaan kepadaMu..
bicara yang penuh peringatan yang penuh kelembutan..

Sunnahnya..
yang disampaikan kepada kami Ya Allah..
sungguh hebat perancanganMu...

 (Al-Imran : 54) ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين

Walau kami tidak dapat bersamamu ya Rasulullah...
kami teramat merindukanmu...

Terubat rindu apabila mendengar alunan qasidah ..
bait-bait lagunya penuh dengan memujiMu dan memujinya...
penuh dengan kata rindu kepadaMu dan kepadanya...

Alhamdulillah Ya Allah..
Kau mengizinkan kami untuk merinduiMu..untuk merindui RasulMu...

Berlinang air mata tatkala mendengar alunan bait-bait yang sarat dengan kerinduan itu ya Allah...
Hiba rasa hati dengan kata-kata yang penuh inspirasi..
Tapi kami tahu ya Allah...
rindu kami akan terubat suatu hari nanti...:)

Semoga kami berpeluang bertemuMu dan RasulMu..
Nun di sana ....
Di   JANNAHMU  nanti...


..يا الله
Terima kasih ya Allah..
kerana Kau membenarkan aku untuk merasai manisnya rindu kepadaMu ..
rindu kepada RasulMu..


Ampunkanlah dosa kami ya Allah...
dosa diri yang penuh kekhilafan..
penuh kehinaan..

اللهم اغفرلنا يا رحمن
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة .......... الخ


P/s: tenang jiwa mendengar dan melihat qasidah semakin mendapat tempat di hati dan jiwa masyarakat sekarang...terutamanya pemuda pemudi harapan Islam....

~Jadilah Kita Pemuda Harapan Islam, bukan Pemuda yang menghancurkan Islam...~

Friday, November 16, 2012

Maafkan saya..




بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan namaMu ya Allah 
ku mulakan bicara,...

....الله ربي
Lama meninggalkan laman ini, membuatkan diri ini berasa janggal untuk menulis kembali...
banyak yang ingin dikongsi..terlalu byk..
byk kenangan yang menggamit kotak memori ini..
kenangan dan ingatan silih berganti..
Sehinggakan ana keliru mana yang harus dicoret di sini..
dan 
Akhirnya ana mengambil keputusan untuk terus berdiam diri tanpa sebarang coretan..

But now, 
...الحمد لله
He gives me some strength..
...الحمد لله
Thanks to ALLAH...:)

Alhamdulillah , Allah permudahkan urusan sem lepas.. dan berjaya berpraktikal sekarang ni..n Alhamdulillah again..pejam celik pejam celik..dah nak habis dah praktikal..just  couple of weeks je tinggal..Semoga Allah permudahkan...Ameen..

Sem ni..
byk perubahan yang berlaku...sebelum ni..selalu duduk dengan my roommate..a.k.a. KEMBAR sy..hehe....but this sem , sy duduk dengan family...22 seronok..masing2 ada pro n cons masing...
Bila duduk kolej Mawar, rindu kat my lovely family..
Bila duduk rumah pulak, rindu kat shbt2...n of coursela kembar sy..almost 2 tahun setengah jumpa dy everyday...kalau x jd roommate pun jadi jiran. :) rindu jugak kat shbt2 lain....geng2 JPK , geng PMH..shbt2...kakak2...rindu gerak kerja..rindu sangat...

Tapi, sy tahu...we have to control our emotions..mungkin kdg2 shbt2 nampak sy mcm  em..... bak kt kembar sy..x berperasaan...hehe..sy pun x tahu kat mana diorg nampak x berperasaan tu..tp ok la...sy admit la..mungkin sbb sy susah nak show apa yg sy rasa kot..yes, maybe..
I am the oldest child in my family..and also the oldest grandchild in my big family ..jadi saya kena buat semua benda..and sampai sy mula rasa sy kena ignore apa yang saya rasa...
so, dari situla sy belajar untuk control emotions.. 
sampai terlebih control emosi..:) maaf ya..

Maaf...
saya th...kdg2 antum nak tgk ekspresi ana tentang ssuatu perkara..
maaf andai ana terlalu x berperasaan ...
Maaf ya..
mungkin sebab environment dan kesibukan sem ni..ana makin kurang berperasaan..
ana sedar tentang tu..kelemahan pengurusan diri sebenarnya..Maafkan sy ye..
semuanya sama penting bg ana..

Hm..
sem ni bljr menyesuaikan diri dengan mcm2 bnda..sampaikan kekurangan masa untuk muhasabah diri..
mungkin ni la antara sbbnya ...

Maafkan saya sahabat...
andai x memahami bicara yang tersirat..
andai x memahami gaya bahasa yang dituturkan..
andai x memahami perasaan yang dalam kedukaan..

Maafkan saya ya..
أحبك في الله أبدا أبدا

Sunday, April 1, 2012

'Solehah'

Bismillahirrahmanirrahim…

alhamdulillah...Allah izinkan sy meluangkan sedikit waktu yg dikurniakanNya, utk update blog yg ad ‘someone’ ckp blog yg dah’ full of sawang’ ni..hehe..

alhamdulillah sekali lagi..setelah diberikan nikmat oleh Allah utk menikmati nikmat iman dan Islam ni..mari sama2 kita fikirkan , adakah kita masih bersyukur,..kerana kta masih diberi peluang oleh Allah untuk menambah amalan kita..ttp ingt shbt2, itu pilihan kita..sama ada menambah amlan atau menambah seksaan yg bakal kita tempuhi di sana kelak..

Untuk menambh amalan kita, amalan yang diterima di sisiNya, sbgai seorang muslimah, impian kita tentulah MUSLIMAH SOLEHAH..

sama-sama kita hayati :

solehah itu ,

bukan hanya suatu ungkapan..

ttpi penuh seribu pengertian..


solehah itu,

bukan untuk menyatakan diri sebagai insan khairu ummah,

tetapi menjadi tonggak peneraju dakwah ummah..


solehah itu ,

bukan pada keindahan wajah,

tetapi pada sikapnya yg istiqamah, dan mujahadah dlm menerima tarbiyah Allah..


solehah itu ,

bukan hanya meletakkan hijab di kepala

tetapi menutup aurat sepenuhnya..


solehah itu juga,

bukan gelaran yang mesti digelar oleh insani

tetapi sebagai bekalan menggapai redha Ilahi..


kerana

DIA maha mengetahui..

Hati ini bukan lah sekuat isteri nabi..


Pantang dipuji, akan cepat lelah..

Lelah dngan pujian..

dan semakin menjauh dari redha dan rahmat TUHAN..

maka wahai muslimah, bagaimana untuk kita menjadi solehah? tepuk dada Tanya iman..

seringkali kita terleka dgn kemewahan dunia yg sementara, yg Allah kurniakan sbg satu ujian untuk mendewasakan kita, yang bakal mendekatkan diri kita dnganNya,..

antaranya ujian hati..

bila disapa angin , hati kita cepat terbuai..

walaupun angin itu,

angin kencang,

yang bakal disusuli dengan guruh dan hujan yg lebat..


tp kita kalah..

kita terbuai dgn nikmat smentara tanpa memandang apa yg bakal terjadi di hadapan kelak..

mungkin,

hati kita perlukan belaian,

tp ingatlah wahai muslimah,

hati kita perlukan belaian dari Allah, belaian kata2 indah,

yg tidak pernah berdusta..

krn DIA الله الكريم , الله العزيز . .

justeru, jika di masa lalu kita tersalah langkah, sama2 kita betulkan nya..betulkan kembali dengan niat yg ikhlas..utk menggapai REDHANYA..

Salam muhasabah,

إني أخاف الله

Sunday, February 19, 2012

~ukhuwwah itu adalah tarbiyyah~


'Bismillahirrahmaanirrahiim...
~dgn NamaMu Ya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.."


" kdg2..kite terlupe akan kesalahan diri kite..selalu menuding jari dan mencari kesalahan org lain..sedangkan kejahilan diri diabaikan dgn sewenang-wenangnya..krn , kita selalu pasti dan rase kite hebat..kita lah mangsanya..bukan pemangsanya..kita hanya memikirkan ape yg kite rase, ape yg kite tanggung...kite merasekan kitalah penanggung segalanya...kitalah yg mengorbankan segalanya...tp kita lupe..utk melihat ape yg telah kite lakukan...bp hati yg telah diguris...bp mata yg telah mengalirkan air mata krn kita..dan bp byk pengorbanan yg telah dilakukan utk diri kte.."

~salam muhasabah bersama.. 'Jgn Layarkan Ingatan utk perasaan kerana perasaan itu kdg2 akan mengundang kekecewaan...tp Layarkan lah ingatan kerana perasaan yg baik yg kita miliki..kerana perasaan yg baik akan membawa kpd ingatan yg baik..

Nescaya, ingatan yg terbina akan kekal teguh tanpa perasaan yg bisa merapuhkan ikatan..buanglah su' zhon yg terlintas di hati, wlu ia bukan kesalahan diri, wlu ia kekhilafan insan...buanglah ia jauh2..jgn biarkan ia bertapak ke dalam diri..krn su' zhon itu bakal menjadi barah di dlm ht..terimalah saudaramu krn dirinya seadanya..

jika ada kebaikan padanya,
maka kita harus sama meng'implementasi'kan kebaikan tersebut..
jika ada sedikit keburukan padanya,
berikanlah teguran pdanya,
agar kita sama2 berjalan seiringan menuju ke SyurgaNYA...


kerana sahabat yg baik adalah sahabat yg sentiasa bersamanya,
walau ketika susah atau senang, suka atau derita...
juga yg bersedia memberi teguran jika dia melakukan kekhilafan ,
bukan hanya memandang tanpa perasaan....


kdg2 situasinya begini...

" Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan "

~jgn biarkn keegoan menguasai diri ..nescaya bakal memakan diri.. khilaf itu ubatnya maaf..maaf yg bukan utk duniawi..tp kerana kasih dan syg kita kpdnya...krn Allah yg esa..
maaf itu bukan bererti kita KALAH..tp krn kita ingin BERUBAH..bersihkan diri, bersihkan hati.. supaya kita dekat dgn ILAHI.... SALAM UKHUWWAH , salam keMAAFan...=)

Sunday, October 23, 2011

~Takdir iIlahi~


بسم الله الرحمن الرحيم

Hanya dengan namaMu Ya Allah, yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang,

Kata ini bisa diungkap..

Merungkaikan segala resah gelisah di

dada..

Setelah sekian lama , blog ni x diupdate..maafkan sy.

then, hari ni..sy mencuba lg..setelah diingatkan berkali2

untuk terus istiqamah..sy mencuba lg..

istiqamah untuk mentarbiyah diri,

juga untuk terus melaksanakan tugas sbg da'ie..


tapi, apalah dayanya untuk mengatakan diri ni da'ie,

sekiranya tidak redho dgn ujianNya..

usaha dan usaha..demi MARDHOTILLAH..


bila mengaku beriman dgn rukun Iman,

maka seharusnya beriman dgn keenam-enam rukun.

termasuklah beriman dgn Qadha' dan Qadar Allah 'azza Wa Jalla..

firmanNya :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : ‘Kami telah beriman’,

sedangkan mereka belum diuji lagi?”

Al-Ankabut: 2

tapi itulah manusia..cepat melatah bila diuji..

bila diuji dgn kekurangan duniawi,

kita mengeluh atas segala kekurangan tersebut..

harta, keluarga,kesihatan, dll..


n I'm d one..

yg mengeluh bla diuji..

walaupun baru sedikit diberikan ujian,

sy sudah terduduk lemah..

mula memikirkan asbab segala yg terjadi..

mula memikirkan kalau , kalau dan kalau..


tp sy terlihat sesuatu


"TAKDIR ILAHI, OPTIMISKAH KITA ?"


Alhamdulillah..

Allah ingatkan sy..Allah berikan teguran kpd sy..

agar sy Redho dgn sgala ketentuannya..

Takdir yg telah ditetapkanNya


..……………………………………………………………………

Kalau one day, still in d same condition as now, ....

mcmane nak sambung study?

~ kata mereka, 'Extend je la....'- kp, n most of kwn2 sy,

shbt2 sy mencadangkn utk EXTEND....

Ntah kenapa, sy sedih sgt...

tp,

ble kembar sy inform ramai yg cube

suggest perkara yg sama, sy cube bertahan..


n I know kembar sy pun same..

tp sy try untuk berthn,..bertahan dan bertahan..

tapi, sy thu, km berdua d situasi yg same..

same2 mengalirkan airmata..

walaupun kami masing2 di tempat yg berbeza..

tp sy tahu..dy sedih..



My Dear Kembar…Be strong dear..and

Don’t worry ok..

sy akan ok..=)


…………………………………………………………

Kalau one day, still in d same condition as now, .......

Mcmane nak bergerak ke sane sini ?

~ kta levelMate sy:

‘min, ape kt awk gune w******a** je…

kan sng awk nak pg toilet…’


Diorg keep ckp:

min, nape min jalan mcm org baru lepas pantang je…

(mb mmg same kot =) )

N then, sy x tahu ape nak dijawab..

just bleh keep senyum n senyum..



(Hm..bagus jgak cadangan tu…best jugak..bleh main2..
cepat sikit sampai..hehe
tp….No no cannot….sy masih mampu…
Boleh, mesti Boleh~ Katakan boleh! )

……………………………………………………………………………

Sy tahu….semuanya yg disuggestkan kerana mereka
Syg kansy..mereka ambil berat ttg sy…

Tp maafkan sy teman, maafkan sy sahabat…

Sy ............... dgn semuanya…

Ntah mengapa....

Maafkan saya….

Jangan risau shbt, sy masih mampu..

Masih dan Akan Terus Mampu….

Mungkin sy lambat bleh ke sana sini..

Gayanya seperti org yang baru bertatih..

mungkin seperti org yg baru berpantang ,

tapi sahabat, jgn risau….


SAYA MASIH MAMPU…

And my Dear Kembar,..sy th sy selalu susahkan awk…

Selalu sgt susahkan awk,

Maafkan Saya ye…Maafkan sy…

sbb keep buat awk risaukan sy…

Maafkan sy kembar..

Maafkan saya…

Mungkin shbt suggest sy supaya EXTEND

krn x sanggup melihat sy kecundang di medan akademik..

Tapi sahabat,

medan inilah yg akan lebih menguatkan sy..

medan inilah yg bleh membahagiakan ibubapa sy..

medan inilah yg menentukan masa depan sy..


Maafkan Sy shbt..

Syukran Jazilan atas keperihatinan kalian..terima kasih..


Saya akan terus berusaha sahabat,…dan sahabat, Doakan saya…

Agar SAYA MASIH MAMPU..

Meneruskan impian dan harapan ibubapa sy…


Ummi, Ayah....

k long mntk maaf.

sbb selalu susahkan umi dan ayah...=(

Ummi, Ayah....

Doakan K Long..agar terus kuat..

Doakan k long, agr terus OPTIMIS ! =)


Doakan sy sahabat..agar terus kuat seperti kalian..

same2 OPTIMISkan diri...

Maka senyumlah pengubat duka..
Senyumlah penguat bicara..
Senyumlah keranaNya..

~My dear Kembar, jgn sedih2 lg ok...kite kuat..
same2 optimiskan diri..awk blh..
sy pn blh..kte same2 bleh..n 1 lg..sy dah update..
jgn membebel kt sy lg ea berhabuk la bagai..
awk kalah..hihi..=)
sy syg awk..sgt2..fillah...~