BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 5, 2010

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدين وارحمهما كما ربياني صغيرا




Assalamu'alaikum w.b.t...


buat pembaca2 dan shbt2 yg amat dikasihi dan dirindui, hanya kerana Cinta kepada ALLAH...
apa khabar kalian ? rohani dan jasmani masih lg sihat? masih lg sarat dengan matlamat akhirat? ....
Ya Allah,
rahmatilah diriku dan diri sahabat2ku ini...
smoga kami sentiasa berada dalam keredhoanMu..

hampir 4 bulan kutinggalkan laman ini ...bukan kerna melupakan ..tetapi krn kekurangan diri yang kerdil ini..diri yg masih lagi mentah di alam dunia..masih lg mencari hala tuju nya..
KURANG DISIPLIN DIRI, KURANG MENSISTEMATIKKAN KERJA...itu puncanya..maaf DBP, penggunaan bahasa yang slh dari sy..harap dimaafkan..

kali ini, saya sebenarnya buntu untuk menulis..mgkin dek krn sudah lm tdk menulis..dan jg mgkn krn terlalu byk perkara yang difikirkan.. sebenarnya , memang susah untuk kita membuat keputusan ..memang susah untuk memuaskan hati semua pihak..

Allahuakbar..
itu shj yg mampu kulafazkan tatkala masalah-masalah mengusik jiwa..bermula masalah pendaftaran kolej, masalah diri dll..alhamdulillah, akhirnya tamat pendaftaran pelajar baru dan lama bg pelajar yang menetap di kolej mawar, uitm shah alam.. bukan mudah..bukan mudah bila kta yang membuat arahan tetapi teramat mudah bila memberi arahan..btul x??
daripada pemerhatian sy, selama pendaftaran ini berlangsung, bermacam-macam karenah dan gelagat manusia yg dpt sy perhatikan..bermula pelajar tersebut, kemudian ibubapanya , adik beradik dan juga sahabat handai mereka..

dan, mereka ini semuanya datang dengan harapan dan tujuan yg sama..
pelajarnya, dengan harapan ingin belajar dengan cemerlang,
ibubapa dan adik beradiknya, dtg dengan matlamat kecemerlangan yang bakal digapai oleh si pelajar tersebut...
dan di situ, sy terkaku seketika..saat itu, saya mula berfikir..adakah kita telah melaksanakan tanggungjwb dan harapan yg ibubapa kita sandarkan dan harapkan drpd kita stlh sekian lama mereka membesarkan kita? menitis airmata..tanda kekurangan diri yang nyata..

Ummi, ayah, kak long mintak maaf atas segalanya..maafkan kak long krn selalu mengecewakan ummi dan ayah..
angah, syameel, jedi, alya..kak long sayang semua..
adik-adik sume study rajin-rajin ye..
tapi ingat , study kerana nak dapat keredhoan Allah,
juga kerana nak cari ilmu yang Allah bg peluang pd kita utk mengecapinya..
bukan untuk kepentingan diri shj,
jg bukan untuk menunjuk2 kehebatan diri..
kerana kita hanya makhluq,,
kita ada khaliq,
Yang Maha Berkuasa,
iaitu Allah..

ummi, ayah ,dan adik2 sume, doakan k long ye..doakan agar dipermudahkan segalanya, doakan juga agar ditunjukkan jalan yang benar... krn k long msh dlm proses memperbaiki diri...

buat sahabat2ku,
janganlah kau biarkan aku seorang diri,
bersukaria,sehingga melupakan Allah..
jgnlah kau biarkan aku kecundang dari mendapat redho dan rahmatNya..
kerana ap yg aku inginkan hanya lah Redhollah..
sahabatku,
jika kau merasa teguranmu itu bakal membuatku terasa,
ingatlah kesepian dari teguranmu itu akan membuahkan kesengsaraan yang bkl dirasai oleh shbtmu ini ,
di alam baqa'...

seringkali teringat kata2 Allahyarham 'Ammar ; "jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"..

setiapkali sy teringat kta2 ini, bergenang air mata sy..krn btp jauhnya beza antara kita dengan dy..dy yang sentiasa mengimpikan akhirat, yang sentiasa menggunakan dunia sebagai bekalan akhirat..tp , bagaimana dengan kita?? pernahkah kita sedari kehidupan kita di dunia ini hanya lah sementara..hanya sebagai persiapan menuju ke alam sana??

Ya Allah,
hambaMu ini menginginkan redho dan syurgaMu Ya Allah..
kalau sekiranya, aku terpaksa membayarnya dengan darah dan nyawaku Ya Allah,
aku sanggup..aku sentiasa sanggup..walau seperit mana kesakitan yang bakal ku alami...
aku redho ya Allah...

Ya Allah,
biarkan airmata yg menitis ini..
airmata yang merindukanMu..
airmata yang merindukan RasulMu..
airmata yang merindukan syurgaMu..

Ya Allah,
jgn biarkan airmata ini menjadi airmata yang sia2..
airmata yang membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran...
biarkan ia menjadi airmata kegembiraan bg bekalan ke akhirat kelak..

ameen.....ya rabbal 'alamin..