BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

Mehnah dan tribulasi ..

Salam sayang buat usrati yg jauh di perantauan, salam ukhuwwah dan salam perjuangan buat sahabat2 ku yang amat ku sayangi.. tiba2 sebak hati ini, bile mengimbau kenangan kita mase di matrix dulu.. kenangan bersama family sebab boleh balik selalu =) , kenangan bersama sahabat2 dan paling x dilupakan kenangan waktu minggu orintasi adik2 .. ana rindukan sume sahabat2.. x dapat nak luahkan mcm mane rase sedih sgt bile teringat sume kenangan 2..

tapi hati jd lg sebak dan sedih bile terpikir tentang ape yg ana dah lame x buat di uitm ni.. jrg sgt dpt pegi majlis ilmu..ape2 je program untuk pengisian rohani, sume ade je kekangan ..sampai terasa kosong, hambar..tapi ana thu, walaupun ana keseorangan di sini tanpa sahabat2 yg mantap2 untuk saling memberi sokongan , ALLAH tetap ada ..innallaha ma'ani.. itulah yg menjadi penguat ana untuk terus cuba giat dengan kegiatan dakwah dan memantapkan ilmu..


terasa rindu kenangan di kmpp .. walaupun always blh dikatakan bz, tapi tetap rase bahagia n ceria bersama sahabat-sahabat..rindu nye kat shbt2..buat sahabat2, marilah kite same2 tenangkan fikiran..tenangkan hati..teguhkan iman..yg pasti, ibadah yg wajib jgn ditinggalkan, dan yg sunat kite cube tingkat kan dan istiqamah...itulah pengikat kite dgn AllahuRabbuna..

Salam perjuangan...

MaRi KiTa ReNuNgKaN BeRsAMa . .

Ambillah masa untuk berfikir sejenak
kerana inilah sumber kuasa kita . .
Ambillah masa untuk bermain
kerana inilah rahsia keremajaan . .
Ambillah masa untuk membaca
kerana inilah telaga kebijaksanaan . .
Ambillah masa untuk bersolat
kerana inilah kuasa komunikasi teragung . .
Ambillah masa untuk berkawan
kerana inilah penyeri kehidupan . .
Ambillah masa untuk menyayangi
kerana inilah fitrah setiap insan . .
Ambillah masa untuk memberi
kerana inilah permulaan penerimaan . .
Ambillah masa untuk belajar
kerana inilah harga kejayaan . .
Ambillah masa untuk muhasabah diri
kerana ini mencerminkan peribadi . .

FIKIRKAN SEJENAK WAHAI MANUSIA ...


FIKIR SEJENAK>>..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
JUGA.......
Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud:
Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:
1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
6. Dan... orang alim adalah asing di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."
Sekian ...
kHAS BUAT TaTaPaNmU WahA mAKhLuQ CiPTaAn KhAliqUr-rAhMaN .

Thursday, September 24, 2009

Buatmu muslimat . .

Buat wanita-wanita solehah . .

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu.
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa
yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik
atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku, Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

dimanakah janji-janji kita wahai da'ie ? ?

Duhai sahabat, duhai da'ie, duhai para pejuang , adakah kalian masih ingat bait-bait lagu ini . . .
Mengarungi Samudera Kehidupan
Kita Ibarat Pada Pengembara
Hidup ini Adalah Perjuangan
Tiada Masa Tuk Berpangku Tangan
Setiap Tetes Peluh dan Darah
Tak Akan Sirna Ditelan Masa
Segores Luka Dijalan Allah
Kan Menjadi Saksi Pengorbanan
Allah Ghayatuna
Ar-rasul Qudwatuna
Al-quran Dusturuna
Al-jihadu Sablluna
Al-mautu fi Sabilillah
Asma Amanina
Allah Adalah Tujuan Kami
Al-quran Pedoman Hidup Kami
Jihad Adalah Jalan Juang Kami
Mati Di Jalan Allah Adalah
Cita-cita Kami Tertinggi . . .
Wahai sahabat-sahabat, mri kite sma2 renungkan . . di mana janji kta untuk sma2 berjuang, un tuk sama2 menegakkan Islam. . adakah kita lupa dan alpa akan tanggungjawab kita ? ? ?

Saturday, September 19, 2009

Wahai Muslimat .. Jauhilah Tabarruj . .

Apa itu Tabarruj…?

Tabarruj yakni bila “seorang wanita menampakkan perhiasannya dan kecantikannya serta terlihat bagian-bagian yang seharusnya wajib ditutupi, dimana bagian-bagian itu akan memancing syahwat lelaki.” [ Fathul Bayan 7 / 274 ]

Allah Azza wajalla tentang permasalahan ini bersabda dalam Surah Al-Ahzab:



(٣٣) ~ وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
¯


ertinya:

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kalian bertabarruj seperti bertabarruj-nya wanita jahiliyyah dahulu, dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan ta`atilah Allah dan Rasul- Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [QS Al-Ahzab : 33 ]

————————————————————————

Imam Adz~Dzahabi berkata dalam “Al~Kaba`ir” yakni “Di antara perbuatan yang menyebabkan para wanita mendapat laknat adalah menampakkan perhiasan emas dan permata yang ada di balik pakaiannya, memakai misk, anbar (nama sejenis minyak wangi) dan parfum jika keluar dari rumah, memakai pakaian-pakaian yang dicelup, sarung-sarung sutera dan penutup kepala yang pendek, bersamaan dengan itu dia memajangkan pakaian, meluaskan dan memanjangkan ujung lengan pakaian. Semua itu termasuk tabarruj yang Allah murkai. Allah murka kepada pelakunya di dunia dan akhirat. Karena perbuatan-perbuatan ini yang banyak dilakukan wanita, Rasulullah Shalallohu`alaihi wasallam bersabda:


“……. Aku memandang ke neraka, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.”


Hadits ini diriwayatkan oleh :


1. – Bukhari dalam kitab Bad’ul Khalq bab Maa Ja’a fi Shifatil Jannah (kitab 59 bab 8).

2. – Tirmidzi dalam kitab Shifatil Jahannam bab Maa Ja’a Anna Aktsara Ahli Nar An Nisa’ (kitab 40 bab 11 hadits ke-2602), dishahihkan Al Albani dalam Shahih Sunan Tirmidzi 2098 dari Ibnu Abbas.

3. – Ahmad 2/297 dari Abu Hurairah. Dan hadits ini dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’ 1030.


Dari Imran bin Hushain berkata : “Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Sesungguhnya penghuni Surga yang paling sedikit adalah para wanita….’ “

(HR. Muslim 95, 2738. An Nasa’i 385)


Saya (Syaikh Al~Albani, pent.) berkata: “Islam telah bersikap keras dalam memperingatkan ummatnya dari perbuatan tabarruj ini hingga menyandingkannya dengan kesyirikan, zina, mencuri dan perbuatan haram lainnya. Itu terjadi ketika Nabi Shalallohu`alaihi wasallam membai`at para wanita agar mereka tidak melakukan hal-hal itu. Abdullah bin `Amr radhiyallahu`anhu berkata: Umaimah binti Ruqaiqah datang kepada Rasulullah Shalallohu`alaihi wasallam untuk berbai`at kepada beliau, maka beliau berkata:

“Saya akan membai’atmu untuk engkau tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, jangan engkau mencuri, berzina, membunuh anakmu, melakukan kebohongan yang engkau buat antara hadapanmu dan antara dua kakimu, jangan meratap dan jangan bertabarrujnya jahiliyyah dahulu.”


Ketahuilah, bukan termasuk perkara terlarang sedikitpun jika pakaian wanita yang dia pakai berwarna putih atau hitam, sebagaimana yang dianggap oleh sebagian wanita yang komit terhadap Sunnah.

Itu dengan alasan :

® Pertama : Sabda Rasulullah shallallaahu’alaihi wa sallam yang berbunyi: “ Parfum wanita adalah yang jelas warnanya dan lembut harumnya … “


® Kedua : Pengalaman para wanita sahabat, dengan kisah sebagai berikut :

1 : Dari Ibrohim An Nakha’i bahwa dia masuk bersama Alqamah serta Al Aswad kepada isteri – isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka dia melihat mereka menyelimuti diri mereka dengan pakaian berwarna merah.

2 : Dari Ibnu Abi Mulaikah, ia berkata; Aku melihat Ummu Salamah mengenakan jilbab dan berselimut dengan pakaian yang dicelup ddengan warna mu`ashfar (campuran antara kuning dan merah).

3 : Dari Al qosim, yaitu Ibnu Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq dia berkata bahwa ‘Aisyah memakai pakaian yang dicelup dengan mu’ashfar, padahal dia waktu itu sedang ihram.”

( Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah 120-123 dengan sedikit ringkasan).

Duhai sahabat...

salam rindu buat sahabat2 seperjuangan yg x pnh penat dan letih memberi sokongan...

sahabat2ku sekalian,
marilah kite renungkan kembali
mcmana hebatnya perjuangan Rasulullah dan para sahabat..
berjuang demi menegakkan ISLAM !
bagaimana tabahnya srikandi2 Islam
yang sentiasa membantu dlm perjuangan Islam...

tp ape yg kita lakukan skrg?
ape sumbangan kita?
ape pengorbanan kita?
adakah cukup dengan hanya diam dan tunduk memandang tanah..
bilamana maksiat berleluasa di sekeliling kita..
adkh itu yg sepatutnya kita buat??

duhai sahabat....
kita telah mula jauh dr medan dakwah..
mula mementingkan duniawi berbanding ukhrawi
sedangkan kita thu, yang kekal abadi hanya lah di akhirat sana...
sedangkan dunia hanya sekadar hiasan ..
untuk menguji kita.. (al-kahfi : 7)
ttp knp kita berpaling wahai sahabatku...

sahabat...
bila tibanya ramadhan ini,ana terfikir, bagaimana jika ini adlah ramadhan terakhir buat kita..
sedangkan kita lalai dan leka dr menunaikan tugas kita sebagai da'ie..
apakah blasan untuk kita..
apakah kita sanggup dan mampu menerima balasan Allah yg amat perit nanti...

Ya Allah...aku hambamu yg lemah..
kuatkanlah aku Ya Allah...
tenangkanlah diriku..
istiqamahkanlah diriku ya Allah..
dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamnahkan olehMu..
kuatkanlah kami Ya Allah..

Wahai sahabat,
jika sebelum ini kita lari dr tanggungjawab
jika sebelum ini kita lalai dan alpa dengan dunia
biarlah ramadhan ini menjadi madrasah untuk mendidik diri..
biarpun hanya tinggal sehari untuk kita berada di dlm Ramadhan pd tahun ini,
biarlah ia menjadi titik mula perubahan diri kita..
marilah kita same2 cuba berubah..
istiqamah dalam ibadah, dakwah dan akademik..