BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 15, 2013

~Kembara dan eiduladha di bumi Manchester~





بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setelah berbulan-bulan meninggalkan blog ini, ,
Alhamdulillah, kali ini berjaya meneruskan coretan di sini setelah sekian lama..kekangan masa barangkali..(excuse yg sgt klise kan.. :) )


Kali ini, post dari bumi Manchester.. alhamdulillah selepas pelbagai cabaran dan ujian yg Allah takdirkan, berjaya menjejakkan kaki di sini.. moga dapat terus mujahadah menuntut IlmuNya.. (mohon doanya ya sahabat2)..

Pertama kali menjejakkan kaki di sini, sungguh, terlalu banyak yang berbeza.. n yang paling berbeza , suhu yang sangat ekstrem sejuknya (mencecah 4'C)..dengan angin yg sudah seakan tornado..tapi alhamdulillah, masih cuba menyesuaikan diri.. 

Bumi Manchester ini pada ana sangat istimewa..
di sini, kita adalah kita..bagaimanapun pakaian kita, itu cara kita..b4 sampai sini, agak teragak2 sebenarnya nak bawak baju kurung, jubah n tudung labuh..tapi subhanallah, ana lagi selesa pakai pakaian tu di sni..tak ada yang pndang serong, walaupun mereka berbeza agama dan budaya! Alhamdulillah, hebat kan percaturan Allah..
kalau mereka di luar beranggapan belajar di negara Barat ni blh menjauhkan kita dengan Islam, sekali-kali tidak! bahkan akan lebih menguatkan kita..untuk solat terpaksa guna fitting room yang sgt sempit, berkejar-kejaran untuk solat ketika kelas, solat di depan pintu 'fire exit' n solat di luar kelas..(ini pengalaman ana sendiri, mungkin berbeza dengan orang lain) ..jadi kami sangat menghargai waktu solat dan sentiasa cuba menjaga wudhu'..sbb kat sini kan toilet nya tak ad air dan xda surau..jadi, cuba sentiasa dlm keadaan berwudhu' dan solat di awal waktu.. 

kalau dulu di bumi Malaysia, rasa pelik je nak solat depan orang ramai kan, tapi kat sini, itu yg kita kena buat untuk tunaikan kewajipan padaNya..mungkin agak pelik pada pandangan orang, but still, kalau kita nak buat, kita blh buat..mereka yang berbeza agama ni, ok ja sebenarnya.. walaupun pnh kena marah dgn security guard sbb solat depan fire exit..(*,*)..tapi so far, seems okay..:) Alhamdulillah ya Allah.. (^_^)

Makanan halal pulak kalau dekat oxford street & Rusholme ni mmg tersangat banyak..
cuma kita la nak ke x, harganya mula dr 3 / 4 pound..tapi kalau convert ke RM, RM15/20 la jugak ..
kalau di city, mungkin susah sikit nak cari makanan halal, tapi alhamdulillah, masih boleh merasai nikmatNya..
Alhamdulillah wa syukrulillah..

Skrg jam 12.04 am di bumi Manchester, insyaAllah esok akan solat raya buat pertama kali di bumi ini.. Walaupun sedih sbb xdapat bersama keluarga tercinta raikan hari Istimewa ni, tapi ana yakin, Allah bersama ana dan Allah juga bersama mereka..(^_^) jadi terubat sikit hati..menghitung detik untuk bertemu shbt2 baru di prayer hall esok..:-) semoga ukhuwwah yg terjalin juga ukhuwwah fillah seperti kamu , kamu , kamu dan kamu..hehe..byk lg kamu..tp dah x mampu nak tulis.. :) missing all of you guys..moga ukhuwwah kita ke syurga.. :-) doakan ya ..

lastly, salam eiduladha..maaf zahir batin dari ana,
12.32 a.m | 15 Oktober 2013 | Manchester..

كل عام وانتم بخير

~rindu dan cinta keranaNya, pasti tanpa rasa gelisah , kerana PASTI kamu sentiasa dalam dakapanNya..~
Believe in Allah, then u will always be all right!