الحمد لله
DIA masih mengizinkanku untuk terus menulis di sini..
الحمد لله
DIA mempermudahkan segala urusanku..
الحمد لله
DIA sentiasa bersamaku..
kadang-kadang, terlintas sesuatu..
sejauh mana cintaku padaMu ya Rahmaan..
sambil mencari bahan yg diperlukan untuk siapkan sistem
ni..terjumpa satu perbandingan
Imam Nawawi menyatakan tentang dua golongan..
Golongan yang pertama melakukan ibadat , dan dengan ketaatan
itulah lahirnya cinta kepadaMu ya Rabbi..
manakala
Golongan yang kedua pula, terlalu mencintaiMu , dan dengan cinta
itulah mereka taat kepadaMu Ya Rahmaan..
manakah cinta yang lebih tinggi maqamnya ?
“Seseorang di antara kamu tidak akan masuk dalam
perkiraan beriman sehingga (ia) menempatkan Allah & Rasul-Nya lebih
dicintai berbanding mencintai selain Allah &; Rasul-Nya.” (HR Bukhari
& Muslim)
Renungkan sahabat...
Jika seseorang itu beramal kerana dia mengenali
TUHANNYA, dan terlalu mencintai TUHANNYA...
maka setiap amalan yang dilakukannya adalah
kerana cintanya kepada TUHANNYA..
merasa tidak terbeban untuk melakukan ketaatan..
tetapi beramal dengan penuh keikhlasan dan
keghairahan,
agar dia sentiasa dekat dengan ALLAHURRAHMAAN..
Inilah cinta yang dikurniakanNya kerana DIA terlalu mencintai
hambaNya..
Cintanya Allah pada kita...
...سبحان
الله
Dikisahkan, bahawa Nabi Isa as pernah melalui
(terjumpa) dengan tiga orang yang badannya kurus , warna kulitnya telah berubah
(pucat pasi). Kata Isa as kepada mereka: " Apa yang terjadi pada dirimu
hingga keadaanmu seperti itu?" Mereka menjawab: " Kerana kami sangat
takut neraka." Nabi Isa as berkata: " Semoga Allah melindungi
orang-orang yang takut seperti itu ".
Dalam perjalanan berikuitnya beliau berjumpa
dengan tiga orang lagi. Keadaan fizikal orang-orang itu bahkan lebih
memprihatinkan, teramat kurus. Kata Nabi Isa as : Apa yang terjadi pada diri
kalian sehingga seperti itu?" Mereka menjawab: " Penyebabnya, kerana
kami teramat merindukan syurga ". Nabi Isa asa berkata: "Semoga Allah
memberikan apa yang kalian harapkan ".
Kemudian Nabi Isa as berjumpa dengan tiga orang
lainnya yang keadaan badannya lebih memperihatinkan lagi. Kulit badannya
berkedut dan mengalami perubahan yang teramat hebat. Tetapi seakan-akan dari
wajahnya memancarkan sinar. Nabi Isa as bertanya: " Apa yang terjadi pada
diri kalian sehingga keadaanmu seperti itu? Mereka menjawab: " Kami
teramat mencintai Allah Azza wa Jalla ". Nabi Isa as berkata: "
Kalian adalah orang-orang yang didekatkan kepada Allah (Antumu
al-Muqararrabbuunaa)".
Abdul Wahid bin Zaid berkata, pernah aku berjumpa
dengan seseorang yang berdiri tenang di atas bongkah air batu. Aku bertanya:
" Apakah merasa kesejukkan?" Ia menjawab: " Kerana aku teramat
mencintai Allah, rasa sejuk itu tidak kurasakan ".
Subhanallah...Indahnya cintaMu ini ya Allah...
Diceritakan juga oleh As-Sirri as-Suqti: "
Pada Hari Kiamat umat-umat akan diseru dengan Nabi masing-masing. Misalnya: Hai
umat Musa, Hai umat Isa, Hai umat Muhammad, tetapi seruan itu tidak dialami
oleh orang-orang yang mencintai Allah SWT. Kerana mereka diseru dengan secara
khusus: Hai para wali Allah, kesinilah kalian menghadap Allah SWT seketika itu
hati mereka seakan-akan hendak tertanggal disebabkan teramat gembira ".
Ya Allah, aku ingin bertemuMu ya Rahmaan..
Izinkan aku bertemuMu ya Haliim..
...اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدين يا غفور
Ya Allah,
ampunkan dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa kaum kerabatku, dosa
sahabat2ku,
dosa guru-guruku, dan dosa muslimin dan muslimat ya Ghafuur..
agar kami berkesempatan untuk bertemuMu di sana nanti..
Sedalam mana cinta kita kepada khaliq kita..
adakah diletakkan di maqam yg tertinggi
atau
cinta kepada makhluq yang lebih kita utamakan..
Doa sang bidadari Rabi’atul Adawiyah:
“Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada
suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada
api neraka-Mu maka
bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak
kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku
menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan
yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha
Mulia itu."
Ya Allah..
lorongkanlah cintaku ini,
agar sentiasa dalam redhoMu..
Ya Allah..
limpahkan kepadaku kekuatan mencintaiMu
dan
mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk
mencintaiMu...
Ya Allah,
jadikan cintaku ini seperti cinta Rabi’atul Adawiyah,
mencintai Rabb melebihi dunia dan seisinya..
menghambakan diri hanya untukMu..
kerana menginginkan redhoMu..
semata-mata..
~ إني أخاف الله ~